01 November 2010

Jemputan Majlis Perkahwinan Siti Norhasmah binti Haji Hassan.


Blog SMAPT 98 ingin mengucapkan tahniah kepada sahabat-sahabat yang akan melangsungkan perkahwinan sepanjang hujung tahun 2010 ini. Selain dari Muhamed Sabri Akub yang akan melangsungkan perkahwinannya pada 18-19 Disember ini....ada satu lagi majlis yang mesti kita semua hadir.

Majlis yang dimaksudkan ialah Majlis Perkahwinan sahabat kita iaitu Ustazah Siti Norhasmah binti Haji Hassan yang akan berlangsung pada :

Tarikh : Ahad, 28 November 2010
Tempat : No.32, Kg. Relong, 27200 Kuala Lipis, Pahang
Masa    : 11.30 pagi - 4.00 petang.

Majlis di rumah pengantin lelaki pula akan diadakan pada :

Tarikh : Sabtu, 4 Disember 2010
Tempat : No. 7, Lorong 8, Taman Pelangi, Jerantut, Pahang
Masa : 11.30 pagi - 4.00 petang.

Peta rumah kedua-dua pengantin adalah seperti berikut :





Siti Norhasmah boleh dihubungi di talian 019-285 6414 / 09-329 2261 (Rumah) atau melalui akaun facebook : http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100000753495901 atau taip Siti Norhasmah Hassan

Semoga kita semua dapat melapangkan masa untuk menghadiri dan memeriahkan majlis sahabat kita Siti Norhasmah ini. InsyaAllah

Gempar ! Sabri Akub dah nak kawin.


Mewakili sahabat kita Muhamed Sabri bin Akub dengan segala hormatnya ingin menjemput sahabat-sahabat SMAPT Batch 98 ke majlis perkahwinannya dengan bakal isterinya iaitu Noor Hidayah binti Mohd Aini yang akan berlangsung pada :

Rumah Pengantin Perempuan
Tarikh   : Sabtu, 18 Disember 2010
Tempat : di Kg.Berchang, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur
Masa : 12.00 tengahari-3.00 petang

Rumah Sabri
Tarikh : Ahad, 19 Disember 2010
Tempat : Kg. Berang, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur
Masa : 12.00 tengahari-4.00 petang.

Kepada sesiapa yang tak tahu di mana terletaknya Kg. Berchang dan Kg. Berang...sila rujuk peta yang telah disediakan oleh tuan tanah iaitu Sabri.



Menurut bakal pengantin lelaki iaitu Sabri : " Ini perkara bukan boleh main-main bab kawin ni. Seumur hidup sekali jerk weh...nasib baik kaweh kawin. Jadi demeh semua janganlah tak datang pulokkk yerk"----katanya dengan suara serak-serak basah sama seperti zaman sekolah dulu.

Kelihatan Sabri sungguh gembira (dan juga sangat teruja) dengan perkahwinannya ini. Sila rujuk gambar ketika Sabri bertunang baru-baru ini.
Jadi sahabat-sahabat semua, mari kita meriahkan majlis perkahwinan Sabri Akub....jumpa di sana !

Sekitar Majlis Perkahwinan Nor Aziran Yunus


Bertempat di Dewan Gemala Sari, Bangunan RISDA, Jalan Ampang Kuala Lumpur pada Sabtu, 9 Oktober 2010 maka berlangsunglah majlis perkahwinan sahabat kita iaitu Nor Aziran bin Yunus dengan pasangannya Rohaizan bin Haji Daud.

Majlis yang gilang-gemilang itu diteruskan lagi dengan majlis menyambut menantu di Dewan Orang Ramai, Batu 6, Penjom, Kuala Lipis pada Ahad, 17 Oktober 2010. Antara sahabat-sahabat SMAPT 98 yang hadir ialah Azli Zain Rashid bersama isteri, Al-Fadhil Ustaz Anuar bin Bakar bersama isteri dan Azrul Khairi Muhamad @ Karim yang sememangnya kena hadir sebab sekampung dengan pengantin lelaki.

Nor Aziran bin Yunus atau lebih mesra dengan nama Yan@Tokan dikalangan batch 98 merupakan pelajar SMAPT dari tahun 1993 hingga 1995...beliau belajar dari kelas peralihan hingga Tingkatan 3 sebelum menyambung pengajian di SMK Clifford, Kuala Lipis. Kemudian beliau menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda di Universiti Utara Malaysia.


Nor Aziran sekarang berkhidmat sebagai Wartawan Akhbar KOSMO di Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad.

Tahniah Wan Razali-Kelahiran Putera Sulungnya

Wan Muhammad Azwar bin Wan Razali


Tahniah diucapkan kepada sahabat kita Wan Razali bin Wan Nor di atas kelahiran putera sulungnya pada 1 Syawal 1432H yang lalu. Putera yang merupakan anak keduanya itu telah diberi nama Wan Muhammad Azwar bin Wan Razali.....nama Azwar tu sama nama dengan seorang Batch kita masa kelas peralihan pada tahun 1993 dulu.

Wan Muhammad Azwar telah selamat dilahirkan di Hospital Besar Jerantut...kalau mengikut perancangannya anak kedua ni katanya nak dilahirkan di Perlis, tapi nampaknya Allah SWT nak anak sahabat kita ni lahir di Negeri Pahang khususnya di tempat asal ayahnya.

Semoga Wan Muhammad Azwar jadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibubapanya dan masyarakat nanti. InsyAllah.

24 September 2010

Jemputan Kawen Aziran Yunus

Seperti sedia maklum, kita semua dah meningkat usia, ada yang dah beranak-pinak cuma tak bercucu aje lagi. Jadi, saudara kita Aziran Yunus a.k.a Yan pun sama juga akan menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi.

Kini dia sudah ada teman, namanya Rohaizan Daud, orang mana aku tak sure. Haha. Tak tahu jumpa kat mana, mungkin kat tempat kerja kot. Sekarang Aziran bekerja di KOSMO! sebagai journalist.

Jemputan walimatulurus di Kuala Lumpur akan berlangsung pada 9 Oktober 2010 dan di Kuala Lipis, Penjom pada 17 Oktober 2010.

Semoga jodohnya berkekalan hingga ke akhir hayat...


03 Ogos 2010

Warden Yang Sentiasa Diingati


Boleh tak anda cam siapakah gerangannya orang yang berpakaian baju batik tu? Dah dapat jawapannya? Ya.....anda betul. Nama gerangannya orang itu ialah Ustaz Yazid bin Abdul Mohed.

Ustaz Yazid bin Abdul Mohed merupakan Warden ASPURA paling garang dalam sejarah persekolahan Batch SMAPT 98 ehehehe. Banyak perkara yang melucukan apabila mengimbau kembali kenangan ketika Ustaz Yazid diamanahkan sebagai Warden.

Siapa yang masih ingat, Ustaz Yazid menunggang motosikal RXZ ketika menjadi warden. Beliau tinggal di bilik kecil di hujung ASPURA. Setiap kali waktu subuh, memang budak-budak akan bangun awal sebelum dibangunkan dengan libasan hanger baju Ustaz Yazid. Tiada sesiapa yang terkecuali termasuklah senior Form 5 ketika itu.

Suhaimi Sulaiman (Doraemon) mesti ingat sampai mati apabila sesi berbalas pantun dua kerat dengan kawan-kawan dalam kegelapan malam  di Bilik C ASPURA. Pantun 2 kerat yang dijualnya, dijawab oleh Ustaz Yazid dengan soalan..."Mengapa Korang Tak Tido lagi dah pukul 12 ni?".......Ambik ko Emon, dapat sekali hanger atas belakang. Sapa suruh tak tido lagi dah malam-malam buta.


Untuk makluman sahabat-sahabat Ex-SMAPT 98, Ustaz Yazid sekarang bertugas di Kolej Kemahiran Tinggi Kuantan (KKTM Kuantan) sebagai Pensyarah Pendidikan Islam dan Moral. Beliau turut berperanan dalam Bahagian Hal Ehwal Pelajar di Kolej tersebut. Ustaz Yazid sekarang menetap di Taman Indera Sempurna, Jalan Kuantan-Pekan. Pahang Darul Makmur.

Ustaz Yazid boleh dihubungi di talian 019-9002609.

Berikut ceramah dan suara terkini Ustaz Yazid bagi siapa-siapa yang merindui kelas Ustaz Yazid di SMAPT dulu atau tazkirahnya di ASPURA.



Lagi...

Doakan Ibu Norlida Rahman Cepat Sembuh

Sahabat kita Norlida binti Abdul Rahman mohon kepada semua sahabat-sahabat ex-SMAPT98 untuk mendoakan kesejahteraan ibunya yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Besar Kuala Lumpur kerana Saluran Darah Bengkak.

Kepada yang ingat-ingat lupa mana satu sahabat kita Norlida Abdul Rahman ni....sila cuba ingatkan balik minda tuh. Beliau sekarang bertugas di Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Semoga ibunda Norlida akan cepat sembuh dan dipermudahkan segala iktiar dan penawar. InsyaAllah.

“Ya Allah Tuhan segenap manusia,

hilangkanlah sakit dan sembuhkanlah,
Engkaulah Yang Maha Penyembuh,
tiada kesembuhan kecuali dengan penyembuhan-Mu,
kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit”.

(H.R. Muttafaq ‘Alaih).

16 Jun 2010

Al-Fatihah dan ucapan Takziah

Bagi pihak ex-SMAPT 98, kami semua ingin menyampaikan ucapan takziah yang tidak terhingga dan simpati kepada keluarga sahabat kita iaitu Suhaimi bin Mohamad atas kepulangan ibu tersayang ke Rahmatullah pada 14 Jun 2010/Isnin yang lalu.

Semoga Rohnya akan digolongkan dikalangan orang-orang yang dikasihi Allah SWT.

08 Jun 2010

Gambar Sekitar Majlis Kawen Rahim dan Azli

Salam semua.. Alhamdulillah semuanya dah selesai. Tak tau nak tulis apa, hanyalah ucapan Tahniah pada Saudara Rahim dan Azli, semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat...

06 Jun 2010

Jemputan Kahwin Kamal Afendi a.k.a Giant

Mungkin kita masih ingat lagi Kamal Afendi ni... alaaa... adik Ustazah Zuraidah tu. Saudara Kamal Afendi a.k.a Giant menjemput rakan-rakan semua ke teratak beliau di Kampung Bapong bagi walimatul 'urus pada 12 Jun 2010.

Afendi sekarang mengajar di Sek. Keb. Sungai Koyan sebagai guru Sains, manakala bakal isterinya pula mengajar di Sek. Men. Seri Lipis. Macam mana dorang berjumpa jangan tanya saya... nanti kenduri dia kita datang pastu tanya... hahaha..

Di bawah ni ada kad jemputannya untuk tatapan kita bersama. Semoga perkahwinan Afendi a.k.a Giant ini diberkati Allah Ta'ala dan berkekalan hingga akhir hayat... hapily ever afterrrr...


12 Mei 2010

Jemputan Rasmi : Majlis Perkahwinan Mohd Azli bin Zain Rashid







Mewakili sahabat kita Mohd Azli Zain Rashid ingin menjemput sahabat-sahabat ex-SMAPT untuk hadir ke Majlis Perkahwinannya pada 06 Jun 2010 (Ahad) di : Kg.Lubuk Kulit, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.

Mohd Azli akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangan pilihan hatinya iaitu Cik.Wirawati binti Tumin pada 29 Mei 2010 nanti di Felda Mempada Satu, Bentong.

Jadi marilah kita beramai-ramai memenuhi laman rumah Mat Keli pada 06 Jun 2010 nanti. Bak kata Mat Keli dalam kad jemputannya-"Jari di inai nampak berseri, Bersatu kasih raja Sehari, Saya mengundang setulus hati, moga majlis diberkati Illahi" Cewahhh...Mat Keli makin jiwang menjelang hari perkahwinannya.

Semoga Majlis Perkahwinan Mohd Azli@ nama manjanya Mat Keli akan berjalan lancar,meriah dan dimudahkan Allah. InsyaAllah.

Driving directions From Kuala Lumpur to Kampung Lubuk Kulit, Kuala Lipis, Pahang, Malaysia
173 km – about 2 hours 45 mins


View Larger Map

Driving directions From Kangar,Perlis to Kampung Lubuk Kulit, Kuala Lipis, Pahang, Malaysia about 7 hours 29 mins

View Larger Map

07 Mei 2010

Jemputan Rasmi : Majlis Perkahwinan Abdul Rahim bin Ismail


Dengan segala hormatnya Blog SMAPT98 mewakili sahabat kita iaitu Abdul Rahim bin Ismail menjemput semua sahabat-sahabat untuk hadir ke majlis perkahwinannya yang akan berlangsung pada 05 Jun 2010 (Sabtu) bermula jam 12.00 sehingga 3.00 petang (standard kenduri kawin lah) di Kg. Dada Kering, Mukim Kechau, Kuala Lipis Pahang

Sila Rujuk Peta di bawah : Dari Kuala Lumpur 202 KM – lebih kurang 3 jam 11 min.


View Larger Map

Kalau dari Kuantan : 277 km – lebih kurang 4 jam 5 min


View Larger Map

Blog SMAPT belum menerima apa-apa jemputan daripada Mat Keli ke Majlis Perkawinannya. Tidak dapat dipastikan samada ia akan diadakan secara tertutup di Kg. Lubuk Kulit atau pihak-pihak tertentu sahaja yang dijemput.

Sahabat2 di SMAPT 98 akan terus menunggu jika Mat Keli sudi menjemput kita semua ke kendurinya nanti.

Walaubagaimanapun, blog SMAPT 98 ingin menyeru kepada semua sahabat-sahabat untuk mengambil cuti, meluangkan masa untuk datang beramai-ramai ke Majlis Perkahwinan sahabat kita ni nanti. Jumpa di sana. InsyaAllah.

19 April 2010

Gosip Pra Kawen...syyyy

Haha. Ikut suka hati, memang suka sangat. Dalam semua dok kata dunia di hujung jari, apa-apa cerita pun hujung jari juga. Baru-baru ini,ketika melayari facebook, jari ni gatal je nak tau apa cite sahabat kita yang nak kawen tak lama lagi. Bukan main dia skang ni, gi Pulau Langkawi saat-saat akhir ni, pa dia???

Kemungkinan-kemungkinan sahabat kita ke pulau idaman tu ialah:

1.  amik kursus kawen
2.  kursus kawen kat resort
3.  kursus kawen kat jeti
4. kursus kawen sambil minum skyfruit
5. beli minyak gamat
6. pegi spa





ni gosip semata-mata, kalau betol, tolong salahkan...huhu

09 April 2010

Anugerah Kawen Tak Bagitau Kawan

Ntah macamana, boleh kawan kita ni kawen tanpa pengetahuan kita. Mungkin ada yang tahu, tapi tak dapat gi. Disebabkan dia pon tak bagitau, maka saya yang pernah sekelas skali ngan kawan kita ni, edarkan gambar dia kawen dalam blog nih tanpa izin. Maap ye boh. Selamat Pengantin Baru, Semoga Kekal Sepanjang Hayat...

Nota Kaki : Mengikut maklumat yang diperolehi team blog SMAPT98, Cikgu Mohd Rahimi bin Yusof telah melangsungkan perkawinan dengan pasangannya Puan.Siti SH Hanim di Taman Sri Pulai Skudai,Johor Darul Takzim pada 19 & 20 Disember 2009 yang lalu. Tahniah Cikgu Rahimi !


05 April 2010

Kenangan Di SMAPT 1993 - 1998

Hari tu tiba-tiba rajin sikit nak scan gambar untuk letak dalam Facebook. Dalam dek belek-belek album lama, terjumpa gambar-gambar masa sekolah dulu-dulu. Jadi aku pilih gambar-gambar yang bersesuaian untuk kita kongsi bersama.



Selamat Datang Ke Laman Blog Ex-SMAPT Batch SPM 98 (93-98) - Gerbang Dunia Zaman Persekolahan Kita Dulu-dulu. Anda adalah sangat-sangat dialu-alukan untuk memberikan sebarang komen dan cadangan di bahagian ULASAN
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI. SEMOGA UKHUWAH ANTARA KITA AKAN TERUS MANTAP DAN TERJALIN